KPJ Healthcare University College Kampus Nilai

Kolej Universiti KPJ Healthcare Nilai bukan saja menjadi pusat yang melahirkan graduan dalam bidang kesihatan yang berkeyakinan malah memastikan penuntutnya sentiasa berkualiti dan bersedia untuk menempuh alam pekerjaan.Sejak memulakan operasi pada 1991, dengan hanya menawarkan Diploma Kejururawatan, kini KPJUC menawarkan 6 diploma dalam bidang kesihatan bagi memenuhi permintaan industri yang sedang berkembang pesat.

Antaranya ialah Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Dewan Bedah dan Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan. Dengan menyediakan kurikulum yang bersesuaian keperluan industri serta penekanan terhadap latihan praktikal yang menyeluruh di semua cawangan hospital KPJ, KPJUC juga menyandarkan harapan kepada lebih 150 tenaga pengajar yang terlatih bagi menyampaikan ilmu kepada bakal graduan yang melanjutkan pengajian di KPJUC. Ini bagi memastikan graduan yang dihasilkan mempunyai kelebihan dari segi teknikal dan interpersonal.

Syarat 5 kepujian SPM dengan penekanan terhadap kualiti selepas menamatkan pengajian, syarat kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian peringkat Diploma Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan dan Diploma Dewan Bedah ialah 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan l subjek lain. Bagi Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan pelajar hanya perlu lulus Bahasa Inggeris, mendapat kepujian bagi Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik serta 2 subjek lain.

Menjadi anak syarikat kepada KPJ Healthcare Berhad yang mempunyai 24 hospital di seluruh Malaysia, KPJUC sentiasa memastikan program ditawarkan adalah yang bersesuaian dengan keperluan industri dengan pengenalan pelbagai kursus baru daripada peringkat diploma hingga peringkat pascaijazah.Antara yang menjadi kebanggaan KPJUC ialah apabila menjadi institusi swasta pertama yang menawarkan Master of Otorhinolaryngology Head and Neck Surgery pada 2012.Ini disusuli dengan pelbagai lagj program pasca ijazah dalam bidang farmasi, kejururawatan, pengimejan perubatan dan fisioterapi.

KPJUC juga mensasarkan akan menawarkan program peringkat ijazah kepada pelbagai lepasan Diploma Kesihatan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Naik taraf bangunan induk Seiring kemajuan dalam bidang pendidikan kesihatan, KPJUC juga kini sedang menaik taraf bangunan induk di Nilai dengan membaikpulih dan menambah lagi bilangan makmal, dewan kuliah, ruang riadah dan asrama pelajar.

Ini adalah bagi memastikan graduan KPJUC mendapat hanya yang terbaik dari KPJUC dalam semua segi bagi membolehkan pendidikan kesihatan di akses oleh semua lapisan masyarakat.


Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment