UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan negeri yang terakhir dipilih untuk diadakan penempatan kampus cawangan UiTM yang baru iaitu di daerah Kuala Pilah. Kampus sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang, Kuala Pilah. Pengambilan kumpulan pertama pelajar sesi Jun 1999 ialah seramai 166 orang. Untuk pengetahuan, kampus sementara UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program Pra-Diploma Sains.

Projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah ditempatkan telah ditempatkan di Mukim Parit Tinggi, pada kawasan seluas 160 ekar telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Majlis Pecah Tanah kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, 23 Ogos 2007 yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Pada akhir 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM.

Pada akhir MEI 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM. UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah mula beroperasi 1 Jun 2009. Keluasan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan berjumlah 400 ekar dan Cuma 80 ekar yang dibangunkan untuk fasa 1. Kos Pembinaan kampus UiTM Negeri Sembilan dianggarkan RM 165 juta.

Perkembangan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan
Di bina di atas Lot 483, di Kampung Beting, Mukin Parit Tinggi Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Latarbelakang
Projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan di Mukim Parit Tinggi, di kawasan seluas 80 ekar bagi membina infrastruktur yang diperlukan untuk menampung 2000 pelajar telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Projek yang memakan masa 24 bulan ini dijangka siap pada 12 Mac 2009. Peruntukan bagi projek ini berjumlah RM 150 juta. Majlis Pecah Tanah kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Ogos 2007. 

Projek  pembinaan kampus tetap merangkumi :
Bangunan Fakulti Sains Gunaan (Bilik  Pentadbiran, bilik pensyarah, bilik kuliah,  makmal-makmal sains, makmal komputer,  dewan kuliah berkapasiti 100 dan 200 orang)
•Pusat Kesihatan
•Pusat Pelajar
•Pusat Rekreasi / Sukan
•Perpustakaan
•Kolej Kediaman siswa/i berkonsepkan    apartmen
•Kafeteria
•Pos pengawal keselamatan
Kampus UiTM Negeri Sembilan menggunapakai konsep kampus di dalam hutan (campus in the forest) bagi mewujudkan  persekitaran pembelajaran yang sesuai.








Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment