Seremban Sentral Pemangkin Pembangunan


Seremban - Kerajaan Negeri Sembilan telah merangka pelan cadangan pembangunan dalam sektor pengangkutan bagi membangunkan Seremban Sentral dan Transport Oriented Development (TOD).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam sidang media di Wisma Negeri, Seremban.

Bercakap kepada media, beliau mengatakan bahawa kawasan keretapi yang sedia ada ketika ini akan dikembangkan lagi infrastrukturnya bagi merancakkan pembangunan sektor pengangkutan di Negeri Sembilan lantas memberikan kemudahan baru kepada penduduk setempat. Kawasan yang akan dikenali sebagai Seremban Sentral ini sedang menjalani proses akhir pengambilan tanah bagi tujuan melaksanakan pembangunan tersebut.
Seremban Sentral yang akan dibangunkan ini bakal menawarkan perkhidmatan keretapi mel biasa, keretapi ekspress, komuter dan keretapi elektrik (ETS) antara Gemas ke Kuala Lumpur. Pembangunan ini dilihat bukan sahaja mampu melancarkan kehidupan penduduk tempatan malah turut menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitarnya.
Selain Seremban Sentral, Menteri Besar Negeri Sembilan turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan pembinaan Transport Oriented Development (TOD) di kawasan Labu bagi tujuan membina stesen persinggahan keretapi laju (Bullet Train) antara Kuala Lumpur ke Singapura dan stesen pertukaran ke Express Rail Link (ERL) iaitu perkhidmatan keretapi ke Lapangan Terbang KLIA. 
Menurut beliau, cadangan itu telah di bincangkan di Mesyuarat Kerajaan Negeri dan  di bawa ke peringkat Persekutuan, setakat ini ianya telah dipersetujui. Namun begitu, badan pengurusan TOD dan jajaran perkhidmatannya sedang diteliti dan dikenalpasti bagi memastikan proses pembangunan TOD akan berjalan dengan lancar di negeri ini.

Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment