Perodua dan Daihatsu Buka Kilang di Negeri Sembilan


Perodua dan Daihatsu Motor Corporation Ltd Jepun hari ini memulakan pembinaan kilang pembuatan enjin di Sendayan TechValley di Seremban.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan peluasan perniagaan syarikat dalam bidang pengeluaran enjin, komponen enjin dan jualan alat ganti.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, kilang berkenaan dijangkakan siap dan beroperasi pada separuh kedua 2016, kilang RM600 juta itu boleh mengeluarkan 140,000 unit enjin pelbagai kapasiti setahun, berdasarkan giliran kerja dua shif.

"Majlis ini amat bermakna kepada Perodua kerana ia menunjukkan keyakinan dalam pertumbuhan kedua-dua pasaran domestik dan global, di samping komitmen kami dalam menjadikan Malaysia hab automotif untuk rantau Asean.

"Kilang baharu ini akan diberikan nama rasmi kemudian, dan merupakan kemudahan untuk kami meluaskan industri automotif, sambil memastikan kos tetap rendah untuk meningkatkan pulangan.

"Ia juga sebahagian daripada program mengeluarkan bahagian kenderaan dalam negara," katanya.

Beliau berkata lokasi itu sendiri merupakan sebahagian daripada strategi memandangkan Sendayan TechValley menawarkan pakej yang paling kompetitif dari segi harga tanah, insentif dan lebih mudah mengedarkan produk yang dihasilkan, baik untuk kegunaan domestik mahupun serantau.

"Kami yakin bahawa sebahagian besar permintaan untuk bahagian enjin dan komponen adalah dari Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang merupakan pasaran tunggal di rantau Asia Tenggara yang akan wujud tidak lama lagi," kata Asmat.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, AEC menawarkan potensi cerah untuk semua sektor, terutama automotif, dengan pekerja dan barangan boleh bergerak bebas dalam zon ekonomi paling dinamis di dunia. - Bernama
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment