Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata pengusaha pertanian dan juga ternakan perlu mengambil langkah yang lebih proaktif bagi meningkatkan pengetahuan dalam sesebuah bidang yang diceburi.

“Kita hendak petani dan penternak melakukan perubahan dan bukan sekadar menanam dan menternak sahaja. Mereka perlu sampai satu tahap memasarkan produk hasil daripada pertanian dan penternakan mereka.