Profil Menteri Besar


Menteri Besar Negeri Sembilan mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.

YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dilahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak March 2004 sehingga sekarang 2015. Beliau telah menjawat jawatan ini selama 3 penggal apabila beliau dilantik semula menjadi menteri besar setelah memenangi PRU13. Di peringkat Nasional, beliau adalah Ahli majlis tertinggi UMNO setelah memenangi pemilihan UMNO dan juga adalah ketua UMNO bahagian Rembau.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban. Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1977.

YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004).

Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment