Tiga Transformasi Dalam Pelancaran PU Sendayan



PELANCARAN Pangkalan Udara (PU) Sendayan pada 16 Mac 2018 baru-baru ini amat bermakna kerana ia menandakan tiga transformasi yang memberi erti kepada setiap kelompok dalam negara iaitu transformasi Sendayan daripada Felda kepada Bandar Baru Sendayan yang menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan), sebuah pangkalan udara terbaharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan dengan diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan; Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.
PU Sendayan yang menelan kos RM808 juta menjadi salah satu penempatan semula PU Kuala Lumpur, selain pangkalan baharu PU Gong Kedak, PU Butterworth, PU Kuantan, PU Subang, Kem Kajang, PDRM Subang dan PDRM Ipoh adalah satu projek pemindahan aset-aset TUDM dan PDRM yang keseluruhannya bernilai RM2.7 bilion.
Antara lain ialah transformasi yang bukan sahaja melibatkan perpindahan fizikal tetapi kepada satu pengkalan yang paling canggih, moden dan selesa.
Seterusnya, transformasi penggunaan Bandar Malaysia seluas 500 hektar yang menjadi pembangunan paling ikonik di Malaysia melibatkan pembangunan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan menyaksikan bandar paling moden di Malaysia.
Relokasi PUKL ke PU Sendayan adalah usaha kerajaan melalui Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan prasarana TUDM yang lebih sistematik dan berpusat sejajar dengan Pelan Transformasi Air-Force Next Generation (AFNG), TUDM.
PU Sendayan yang menjadi pusat latihan terbesar dan utama TUDM menempatkan markas dan pasukan yang beroperasi di Kuala Lumpur serta beberapa elemen pentadbiran TUDM yang lain.
Ia bukan sahaja memiliki fasiliti ketenteraan tetapi juga pusat rekreasi, pusat Islam, pusat latihan, pusat pergigian, markas pendidikan, rumah sakit, pusat equestrian dan kompleks sukan.
Selain itu, PU Sendayan dilengkapi kompleks kediaman yang lebih selesa dan kondusif dengan menyediakan sebanyak 693 unit pelbagai kelas Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang dibina di atas tapak seluas 750 ekar.


Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment