Empangan Sungai Triang Jelebu Bernilai RM148j Sediakan Bekalan Air Sehingga 2020



JELEBU - Projek pembinaan Empangan Sungai Triang bernilai RM148 juta termasuk dalam Skim Bekalan Air Sungai Triang yang merangkumi lima pakej dengan kos keseluruhan RM512 juta iaitu pembinaan terowong sejauh 12.5 kilometer; pembinaan muka sauk Petaseh, pemasangan air mentah pada tahun 2007 dan 2015.
Empangan Sungai Triang yang dirasmikan oleh Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada 22 Mac 2018 sekaligus memulakan operasinya pada tarikh tersebut dilaksanakan bagi menyediakan infrastruktur bekalan air mentah sehingga tahun 2020 seperti yang disyaratkan bagi kelulusan Kebenaran Merancang untuk kawasan Malaysia Vision Valley (MVV).
Empangan ini mampu membekalkan air mentah berkapasati 110 juta liter sehari (mld) bagi penggunaan kawasan Seremban berbanding sebelum ini hanya mampu mendapat bekalan air mentah sebanyak 77 mld sahaja.
Selain dari penambahan margin bekalan air mentah bagi kawasan Seremban ia juga mampu mengurangkan gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan Mantin, Lenggeng, Nilai, Enstek dan Sendayan.
Pembinaan empangan ini adalah asas bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk diproses dan dirawat bagi membekalkan kawasan Seremban dan sekitarnya dan paras air di empangan ini mampu bertahan sehingga ke tujuh bulan jika berlaku musim kemarau pada masa akan datang.
Reka bentuk sistem bekalan air mentah sedia ada sebelum ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 2015 sahaja berikutan kebergantungan penggunaan air mentah dari Empangan Talang dan Kelinchi bagi agihan kawasan Seremban menyebabkan penurunan paras empangan berkenaan.


Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment