Pemaju Rumah Mampu Milik Diberi 50 Peratus Diskaun Premium



SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang meminda Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) yang telah dimulakan pelaksanaannya pada 2015 memandangkan sambutan dan permintaan yang tinggi terhadap Rumah Mampu Milik (RMM) Kategori A yang berharga RM80,000 ke bawah, Kerajaan Negeri Sembilan Menerusi dasar ini, Kerajaan Negeri menetapkan 50 peratus daripada keseluruhan pembangunan mesti dibina RMM.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan,  pindaan tersebut membabitkan RMM Kategori A yang dipinda daripada 15 peratus kepada 20 peratus, Kategori B kekal dan Kategori C yang berharga RM400,000 ke bawah diturunkan daripada 20 peratus kepada 15 peratus.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Exco pada 04 April 2018 lalu telah memutuskan memberikan diskaun sebanyak 50 peratus bayaran premium kepada pemaju-pemaju yang melaksanakan pembangunan RMM Kategori A yang berharga RM80,00 ke bawah bagi mengurangkan bebanan mereka.
Katanya, meskipun Kerajaan Negeri kurang pendapatan daripada hasil premium yang dibayar oleh pemaju tetapi kerajaan berkorban dari segi pendapatan untuk memastikan pelaksanaan RMM dapat diteruskan dan pada masa sama pembinaan rumah Kategori A berharga RM80,000 ke bawah diperbanyakkan.
“Rumah Mampu Milik Kategori A mendapat sambutan yang amat baik dan tak cukup pun. Misalnya di Bahau pemaju mendirikan sebanyak 100 lebih unit tetapi jumlah yang memohon seramai 3,000 orang.
“Kita telah berunding dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan dan lain-lain dan telah mereka telah bersetuju Rumah Mampu Milik Kategori A dinaikkan peratusannya daripada 15 peratus kepada 20 peratus. Untuk tidak membebankan para pemaju, Kerajaan Negeri telah memutuskan akan mengurangkan bebanan pihak mereka dengan memberi mereka diskaun bayaran premium sebanyak 50 peratus,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment