Generasi Muda Mesti Hargai Pengorbanan dan Jasa Warga Emas

IMG_1095

SENDAYAN, 27 JUN – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berserta isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin berada di tiga lokasi hari ini iaitu di Masjid Kampung Kuala Sawah, Taman Kelab Tunku, Mambau dan di Kampung Sendayan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri 1436H kepada kira-kira 500 warga emas dan penerima bantuan bulanan Baitulmal.
“Bantuan sumbangan yang diberikan adalah rutin tahunan yang dilakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga emas dalam pembangunan keluarga dan negara.  Maka, hargailah pengorbanan dan jasa warga emas,” begitulah nasihat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad kepada generasi muda yang turut serta dalam pertemuan tersebut.
Katanya lagi, keberkatan zakat perniagaan membolehkan banyak syarikat-syarikat milik umat Islam beroleh kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan.
Zakat perniagaan yang dilunaskan inilah yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Baitulmal kepada orang Islam yang kurang berkemampuan termasuklah warga emas sendiri.
Di majlis sama, beliau turut bertemu jawatankuasa surau di sekitar Sendayan bagi menyerahkan sumbangan kepada surau yang mengimarahkan solat tarawih sempena Ramadan.
Hadir sama dalam program sumbangan tersebut ialah Setiausaha MAINS, Tuan Hj Kamal Amran Kamaruddin dan Pengurus Pusat Zakat Negeri Sembilan, Tuan Hj Nor Azmi Hj Musa.
Oleh: DUDI AZIZ
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment