Majlis Perasmian Permulaan Kerja Projek Perumahan Rakyat PD


PORT DICKSON- Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM16.84 juta bagi membina 100 buah rumah diatas tanah kerajaan negeri yang dilengkapi dengan kemudahan asas ini mengambil masa 24 bulan bermula 16 April 2015.

Majlis Perasmian Permulaan Kerja Projek Perumahan Rakyat Tanah Merah Port Dickson ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan petang tadi.



Didalam ucapan perasmiannya, beliau memberitahu bahawa projek perumahan rakyat yang dibina diatas tanah kerajaan negeri ini dibina bagi membantu pekerja- pekerja ladang yang banyak membantu dalam menjana ekonomi Negara, penduduk dari Tanah Merah akan diberi keutamaan memiliki rumah mampu milik ini.


Menurut beliau lagi, Kemudahan asas bagi kemudahan penduduk juga akan dibina seperti dewan serbaguna, surau, tadika, taska lot-lot kedai serta kemudahan sokongan seperti taman permainan serta gelanggang sukan, tempat pembuangan sampah berpusat untuk kegunaan penduduk setempat, ia juga menitik beratkan keselesaan dan keselamatan untuk segenap usia.

Didalam majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penyampaian bantuan kepada 11 asnaf dari sekitar kariah tanah merah yang merupakan penerima bantuan bulanan baitulmal daerah Port Dickson dimana setiap penerima menerima RM100 seorang.

Hadir sama, Timbalan menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sembilan, YB. Dato' Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Dato' Haji Mat Ali bin Hassan dan pegawai baitulmal daerah Port Dickson, Puan Jumiatul Adawiyah binti Ismail.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment