Projek Jajaran Jalan Raya Menghubungkan Tengkek ke Langkap dalam RMKe11


Juasseh – Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri ini telah menyenarai pendek projek pembangunan yang perlu diberi keutamaan dianggarkan berjumlah RM25 bilion yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibentangkan pada Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada Mei, tahun ini oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Razak.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media selepas majlis bersama penduduk kampung di Jerem Tengkek, Juasseh, antara perkara yang diberikan keutamaan dan kepentingan di Negeri Sembilan ini ialah permohonan peruntukan menyambungkan jalan raya di Kampung Tengkek, Juasseh ke Kampung Langkap, Seri Menanti. 

Pembinaan jajaran jalan raya itu kelak akan menghubungkan dan memendekkan perjalanan masyarakat di Kampung Tengkek untuk ke Tanjung Ipoh dan seterusnyamenuju ke Seremban.
Beliau memaklumkan projek tersebut pernah dipersetujui oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi di hadapan penduduk Tengkek ketika sesi kunjungan lawatan beliau selepas mengunjungi Sendayan bagi menyelesaikan Isu Tanah Sendayan pada tahun 2009.
Hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri disamping memastikan kesejahteraan rakyat harus diberikan keutamaan dan dari anggaran RM25 bilion peruntukan yang dipohon melalui RMK11, keutamaan pembangunan menjurus kepada kerja menaiktaraf sistem jaringan jalan raya, membina jajaran jalan raya baru dan menaiktaraf sistem lebuh raya yang menghubungkan negeri ini dan negeri lain.
Menteri Besar di sidang media sama menjelaskan bahawa di dalam agenda pembangunan ini, Kerajaan Negeri mengutamakan projek-projek yang boleh dibina segera selepas diluluskan melalui RMK11. Kerajaan Negeri tidak mahu lagi terperangkap sekiranya peruntukan projek telah diluluskan tetapi tidak bersedia dari segi kawasan pembangunan kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk mencari kawasan.
IMG_1254
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment