Usaha Pertingkat Infrastruktur Dipergiat ke Arah Mencapai Negeri Sembilan Maju 2020



USAHA-usaha berterusan sentiasa dipergiat bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di seluruh Negeri Sembilan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur yang efisien, selesa dan selamat digunakan.

Ia adalah satu agenda penting ke arah mensejahterakan rakyat seiring dengan hasrat menuju Negeri Maju pada tahun 2020.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri akan terus mengutamakan penyediaan rangkaian perhubungan jalan raya yang berkualiti, lebih-lebih lagi melalui pengurusan peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan iaitu Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).

Di samping itu, bagi mengoptimumkan keselesaan serta keselamatan pengguna, pelaksanaan Dasar Pencahayaan Negeri akan diteruskan sebagai usaha untuk emningkatkan kecekapan pencahayaan di jaringan jalan raya seluruh Negeri Sembilan.

Penumpuan juga turut mengutamakan tindakan-tindakan ke arah meningkatkan kualiti liputan jalur lebar dengan kerjasama  erat pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melibatkan usaha menaik taraf keupayaan liputan di struktur menara dan fiberazation bagi meningkatkan capaian jalur lebar.

Dalam setiap pembangunan dan pemajuan di satu-satu kawasan sama ada di Bandar atau luar Bandar, perlu mengambil kira perancangan bagi penyediaan infrastruktur dan keperluan asas untuk menjamin kelangsungan pembangunan yang dilaksanakan.

Ia bagi memastikan impak pembangunan yang relevan dari segi fizikal dan ekonomi terhadap kawasan sekitar berserta masyarakatnya.


Melalui tindakan-tindakan pemantauan, penyelenggaraan berterusan dan mengenalpasti keperluan baharu secara konsisten di bawah pelbagai program seperti JLB,PJK, BALB dan MARRIS, kawasan-kawasan luar Bandar akan sentiasa bersedia dengan keperluan pembangunan baharu.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment