Bantuan Kerusi Roda Kepada Klinik Kesihatan Rantau, Sendayan

KLINIK Kesihatan Rantau dan Klinik Kesihatan Sendayan menerima bantuan kerusi roda sumbangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dalam satu majlis sederhana di perkarangan Klinik Kesihatan Rantau pada 21 Januari lalu.

Terdahulu, MPN telah menyumbangkan kerusi roda di Klinik Kesihatan Senawang, Paroi yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid.
Bantuan seumpama ini akan memudahkan setiap klinik memberi dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang memerlukan rawatan.
Menteri Besar mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap perkhidmatan dan bantuan yang diberikan MPN bagi mendekati naluri masyarakat terutamanya di luar bandar.
Bantuan seumpama ini melambangkan kerjasama baik dua agensi iaitu MPN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dalam memastikan kesejahteraan masyarakat diberi keutamaan.
Dalam memenuhi tuntutan kesejahteraan masyarakat di negeri ini, pelbagai bentuk perkhidmatan dan kerjasama pintar telah terjalin antara Kerajaan Negeri, JPNS dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Perubatan.
Ujar beliau lagi, Klinik Pakar Mata Bergerak adalah di antara usahasama Kerajaan Negeri dan USIM yang telah dilancarkan pada tahun lalu dan telah memulakan operasinya melalui jadual berskala yang disediakan oleh JKNNS.
Hasil tinjauan yang dilakukan, Kerajaan Negeri mendapati warga emas di kawasan kampung amat memerlukan bantuan perkhidmatan dari segi pemulihan kesihatan berbanding wang ringgit.
Kerajaan Negeri mendapati penawaran perkhidmatan sebegini amat diperlukan oleh masyarakat yang berpenyakit untuk kembali pulih dan sihat serta dapat menggembirakan mereka.
Hadir sama, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban/Nilai, Dato’ Haji Abd Halim Abd Latiff dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dato’ Dr Abdul Rahim Abdullah
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment