Pendidik Diminta Jangan Pinggirkan Pelajar Bermasalah

IMG_0519

SEREMBAN, 26 JUN – Warga pendidik di negeri ini akan terus dihargai dan dikenang kerana jasa serta pengorbanan mereka mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.
Lebih cemerlang apabila pendidik berjaya memotivasikan pelajar yang lemah, mempunyai masalah keluarga dan terlibat dengan gejala sosial berubah ke arah kebaikan.
Pendidik tidak boleh lari dari menyelesaikan kemelut pelajar yang berperangai negatif kerana permasalahan inilah yang perlu dirungkai dan membawa mereka ke jalan kebaikan seterusnya membentuk masa hadapan yang gemilang.
Berikut adalah intipati ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di majlis iftar bersama warga pendidik Negeri Sembilan, di kediamannya semalam.
Beliau turut diiringi isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin menyambut mesra kedatangan para tetamu.
Warga pendidik juga diseru agar terus mengekalkan kecemerlangan di dalam pendidikan kerana pendidikanlah yang mampu membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik seterusnya menjadi manusia berguna.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Kesihatan, Dato’ Samsulkaha Md Deli dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dato’ Hajah Kalsom Hj Mohd Khalid.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment