Permohonan Rumah Mesra Rakyat Sentiasa Dibuka



PEMBINAAN Rumah Mesra Rakyat oleh pihak kerajaan adalah satu cadangan dan keperluan yang sangat penting bagi memastikan semua rakyat terutama yang berpendapatan rendah dapat memiliki sebuah rumah seperti yang disarankan.

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat ialah:

1.       Warganegara Malaysia.

2.       Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.

3.       Berkahwin.

4.       Pendapatan isi rumah di antara RMR750 hingga RM3,000 sebulan.

5.       Pemohon tidak ada sebarang rumah dan tanah yang boleh didirikan rumah.

Semua permohonan yang telah diterima telah disemak, ditapis, diteliti dan diputuskan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Daerah Jelebu termasuk permohonan dari 15 pemohon tersebut.
Pemohon yang mematuhi syarat dan mempunyai tanah boleh memohon kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Lokasi pembinaan adalah bergantung kepada tanah pemohon dengan syarat pemohon memenuhi criteria yang ditetapkan oleh SPNB. 
Permohonan bagi program ini adalah terbuka sepanjang masa dan pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan subsidi tahunan yang diterima daripada kerajaan dan kelulusan pinjaman SPNB.

Statistik Permohonan Rumah Mesra Rakyat Dari Tahun 2002 Hingga Februari 2016 di Negeri Sembilan

PARLIMEN
PERMOHONAN DILULUSKAN
Siap
Pembinaan
Dokumen Perjanjian
Jelebu
447
4
2
Jempol
257
7
1
Seremban
199
6
0
Kuala Pilah
621
23
11
Rasah
136
1
0
Rembau
672
28
1
Telok Kemang
77
4
2
Tampin
369
15
1
 
JUMLAH
2,778
88
18
                                                 2,884

Daripada 2,778 unit yang telah siap dibina, 2,741 unit adalah bagi pemohon Melayu, 22 pemohon Cina dan 15 pemohon India.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment