12 Kampung Terima Tiga Tahun Wi-Fi Percuma Bernilai RM1.4j

KIRA-KIRA 12 kampung di bawah Projek NS Wi-Fi Desa Cemerlang yang berjaya dalam saringan peringkat akhir Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri menerima perkhidmatan Wi-Fi percuma yang bernilai RM1.4 juta selama tiga tahun pada 16 Ogos lalu.

Usaha ini adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan platform capaian internet percuma menggunakan teknologi jalur lebar tanpa wayar khususnya di kawasan penempatan luar bandar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menyempurnakan penyerahan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Negeri, hari ini.

Terdahulu pada 24 November 2014, Menteri Besar telah mengumumkan untuk menyediakan kemudahan jalur lepas kepada kampung-kampung yang aktif dan berjaya di peringkat negeri masuk saringan akhir dalam pertandingan berkenaan.

Menurut Menteri Besar, sebanyak 15 kampung layak menerima kemudahan Wi-Fi bagi pemenang yang disaring dalam pertandingan bagi tahun 2014-2016 iaitu empat kampung setiap tahun. Bagaimanapun, tiga daripadanya telah menerima kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) menjadikan jumlah penerima 12 kampung.

Menteri Besar menegaskan bahawa kemudahan Wi-Fi  ini adalah hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui pembiayaan Menteri Besar Incorporated (MBI), bukannya daripada hasil cukai.

Jelasnya lagi, kemudahan ini adalah sebagai satu usaha untuk menceriakan kampung dan menjadikan kampung tradisi tidak terus tertinggal, sebagaimana yang terdapat dalam asas utama Dasar Pembangunan Luar Bandar yang akan dibentangkan pada awal tahun depan.

“Kita tak mahu kampung-kampung tradisi terus tertinggal dan anak-anak muda berhijrah kerana tidak ada kemudahan internet yang sudah menjadi satu keperluan. Justeru itu, kita cuba sedaya upaya untuk memperkasakan capaian jalur lebar secara berperingkat di luar bandar dan pastikan anak-anak muda akan terus tinggal di kampung.


“Selain itu, mereka yang terlibat dalam industri asas tani boleh menggunakan kemudahan ini untuk memasarkan produk secara online,” ujarnya mengakhiri.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment