Pembangunan Pertanian Sebagai Perniagaan di NS Meningkat



PERTANIAN sebagai suatu perniagaan telah lama wujud di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan dan peningkatan yang berlaku di negeri ini amat memberangsangkan.

Menjalankan pertanian sebagai perniagaan bermaksud menceburi satu industri atau perniagaan yang dinamik dan menguntungkan. Mengusahakan perusahaan pertanian seperti tanaman, perikanan dan ternakan secara komersial terbukti mampu menjana pendapatan lumayan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Dato’ Haji Hasim Rusdi perkara ini dibuktikan dengan sokongan Kerajaan Negeri mahupun persekutuan yang komited memberikan bantuan serta pinjaman dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Katanya, di antara kesan daripada bantuan kerajaan terhadap pengusaha-pengusaha yang menjalankan perusahaan ini terhadap peningkatan hasil pertanian di negeri ini, yang pertama ialah peningkatan jumlah pengeluaran makanan yang berkualiti dan selamat dimakan di Negeri Sembilan.


JUMLAH PENGELUARAN HASIL PERTANIAN DARI 2013-2015

TANAMAN
(Metrik Tan)
2013
2014
2015
Buah
65,055
89,878
98,898
Sayur
25,817
31,864
37,519
Padi
8,684
8,739
9,039
JUMLAH
99,556
130,481
145,456

Peningkatan ini terbukti dalam hasil pertanian tiga tahun kebelakangan dalam pengeluaran tanaman buah, sayur dan padi. Masing-masing meningkat daripada 99,556 metrik tan pada 2013, 130,481 metrik tan pada 2014 dan 145,456 metrik tan pada 2015.


BILANGAN USAHAWAN BERPENDAPATAN RM3,000 HINGGA RM5,000 DARI 2013-2015

PERKARA
2013
2014
2014
Bilangan usahawan berpendapatan RM3,000-RM5,000

467

779

790

Kedua, peningkatan bilangan usahawan pertanian dengan pendapatan melebihi RM3,000 hingga RM5,000 sebulan yang telah bertambah daripada 467 usahawan pada 2013 kepada 770 usahawan pada 2014 dan 790 usahawan pada 2015.


BILANGAN USAHAWAN YANG MENCEBURI BIDANG PERTANIAN DARI 2013-2015

TANAMAN
2013
2014
2015
Bilangan usahawan yang menceburi bidang pertanian

1,185

1,302

1,352

Ketiga, peningkatan dalam bilangan usahawan yang menceburi bidang pertanian iaitu seramai 1,1,85 usahawan pada 2013, 1,302 pada 2014 dan 1,352 pada 2015.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan akan berusaha meringankan beban sara hidup kesan daripada ketidaktentuan ekonomi pada masa ini.

Selain daripada meneruskan bantuan-bantuan di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial, usaha-usaha juga akan dibuat bagi mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah di kawasan luar bandar termasuk tanah-tanah terbiar ke arah meningkatkan hasil-hasil pertanian, akuakultur, industri asas tani dan aktiviti-aktiviti agrotourism.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment