RMKe11 – Kerajaan Negeri Mohon 46 Projek Jalan Luar Bandar


Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa berusaha memperbaiki keadaan dan mutu penyelenggaraan jalan agar ianya berada di dalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna jalan raya.
Kerja-kerja menaik taraf jalan pula dilaksanakan berdasarkan kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang mana melibatkan jalan-jalan utama negeri ini.
Menurut Menteri Besar, pihak JKR juga mengenalpasti lokasi-lokasi penting untuk dibuat rawatan (treatment)  bagi meningkatkan keselamatan di laluan yang membahaya kepada pengguna.
Tambah beliau, rawatan ini melibatkan kerja-kerja pemulihan struktur jalan, pemasangan papan-papan tanda keselamatan dan garisan lintang jalan (transverse bar) bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya di kawasan yang berisiko kemalangan.
Selain itu, program menaiktaraf Jalan Luar Bandar, (JLB) dilaksanakan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) merangkumi Jalan Negeri dan Jalan Kampung yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berdasarkan peruntukan yang diluluskan.
Menurut Menteri Besar lagi, Kerajaan Negeri dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe11) telah memohon sebanyak 46 projek Jalan Luar Bandar ke KKLW untuk dinaiktaraf yang melibatkan jalanraya sepanjang 355.80km merangkumi 223 buah kampung.
Selain daripada itu, pihak KLLW juga mempunyai program penyelenggaraan jalan-jalan kampung melalui program Jalan Penghubung Desa (JPD) dan dilaksanakan secara ‘one-off’.
Panjang jalan-jalan di Negeri Sembilan mengikut kategori adalah seperti berikut :
  • Jalan Raya Persekutuan – 1,307.00 km
  • Jalan Negeri* – 966.61 km
  • Jalan Pertanian* – 586.11 km
*[Data panjang jalan ini mengikut data MARRIS (Malaysia Road Records Information System) tahun 2014]
IMG_6412

Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment