Mengiringi baginda, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YAB, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK ),Dato’ Seri Hasan Malek, mewakili pihak Bank Rakyat melafaz akad zakat perniagaan di hadapan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Zakat berkenaan telah diserahkan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Pengerusi MAINS untuk di serahkan kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).
Kutipan zakat harta di Negeri Sembilan, pada Januari 2015 sehingga kini berjumlah RM21,528,511.77.
Hadir sama, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yussof Hj Ahmad. Tn Hj Kamal Amran bin Kamaruddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Blogger Comment
Facebook Comment