Nilai. – Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) dan Dasar Menyayangi Warga Emas yang diperkasakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan telah menunjukkan prestasi dan kesan emosi yang amat baik sekali bagi masyarakat di negeri ini.
Di tambah pula mendapat kerjasama baik oleh pelbagai agensi kerajaan, badan NGO malah dalam sektor pendidikan di negeri ini.
Bagi Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Mentor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, perkembangan ini amat positif bagi masyarakat di negeri ini dihampiri dengan aktiviti masyarakat serta bantuan sukarelawan.
Beliau ketika di temuramah di sidang media selepas pertemuan bersama MPP USIM dan menyampaikan 50 unit basikal bagi slot aktiviti cergas dan sihat memaklumkan bahawa apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri melalui kerjasama pintar ini bersama USIM sedang berjalan seperti yang dikehendaki.
Katanya di sidang media, tidak lama lagi akan ada Klinik Pakar Bergerak dari Fakulti Perubatan dan Pergigian USIM yang menawarkan khidmat-khidmat kepakaran kepada masyarakat dan warga emas di pinggir bandar, kampung dan pendalaman.
Dengan jalinan kerjasama pintar ini akan membantu Kerajaan Negeri mengharmonikan dan mensejahterakan rakyat di negeri ini terutamanya golongan fakir miskin dan warga emas.
Blogger Comment
Facebook Comment