SEREMBAN, – Seramai 20 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari Negeri Sembilan mencatatkan rekod kejayaan dalam peperiksaan tersebut yang di umumkan hari ini.
“Ini menjadikan Negeri Sembilan sebagai pelajar terbaik seramai 20 orang berbanding negeri-negeri lain,” jelas YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan sewaktu sidang media di Wisma Negeri, dekat sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut mewakili kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan rasa gembira dan tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam STPM sekaligus melonjakkan peningkatan pelajar yang lulus berbanding 2012 seramai 13 orang.
Menurut beliau, calon STPM lulus penuh pada tahun 2013 adalah 96.9% berbanding 94.9% pada 2012 merupakan satu peningkatan yang baik dan membuktikan dasar-dasar pendidikan yang digerakkan mencapai sasarannya.
Blogger Comment
Facebook Comment