Negeri Sembilan Dipuji Lunas Hutang




Keupayaan kerajaan negeri melunaskan hutang pihak Perbendaharaan melalui Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) ketika menyelesaikan kemelut penduduk Felda Sendayan pada 2005, amat dipuji.

Apa tidaknya, kesungguhan itu telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sentiasa memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk bebas daripada beban hutang.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga begitu peka memikirkan kesejahteraan rakyat biarpun perlu melakukan tindakan drastik yang akhirnya melegakan banyak pihak khususnya rakyat.

 Kerajaan Negeri dapat membayar hutang yang diambil melalui KWAP berjumlah RM250 juta hasil daripada perjanjian jual beli tanah antara pihak syarikat yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan Menteri Besar Incorporated (MBI), anak syarikat kerajaan negeri.

"Perjanjian jual beli itu telah selesai dan pihak 1MDB telah membayar 100 peratus kos pembelian itu kepada MBI," katanya di sini, baru-baru ini.

Perkembangan itu nyata menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri tidak bijak mengendalikan kewangan sehingga ada yang menuduh kerajaan bankrap.

"Kita pinjam RM250 juta dan sehingga kini telah membayar faedah untuk tempoh lima tahun sebanyak RM60 juta. Baru-baru ini, kita membuat pembayaran melalui bank draf kepada KWAP sebanyak RM262 juta termasuk kadar faedah untuk tempoh enam bulan," katanya.

Nyata keupayaan itu melegakan rakyat negeri ini apatah lagi dengan hutang yang sudah dilunaskan, ia menyaksikan perkembangan rancak pembangunan terutama di kawasan Sendayan dan Enstek.

Perjanjian jual beli tanah antara 1MDB dan MBI di Sendayan itu dilakukan untuk pembinaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru selepas pangkalan di Sungai Besi, Kuala Lumpur ditutup bagi pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

"Perjanjian ini juga membolehkan kerajaan negeri menjelaskan hutang lain dengan pihak institusi kewangan," katanya.

Mohamad juga pernah dipetik sebagai berkata, rezab kerajaan negeri ketika ini hampir RM500 juta, malah pengurusan kewangan kerajaan negeri telah mencatat lebihan sebanyak RM74 juta pada 2009 dan RM61 juta pada tahun lalu.

Ini dibuktikan melalui laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri apabila Pejabat Kewangan Negeri mendapat penarafan empat bintang.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment