RSNS 2045: Strategi Pelaburan Negeri Sembilan

Oleh SALAWATI HARIS

NEGERI Sembilan mempunyai 370,208.45 hektar tanah (55.6 peratus) yang boleh dibangunkan di masa hadapan dan majoritinya berada di Daerah Seremban dan Port Dickson. Ini menjadi aset pelaburan yang baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Negeri Sembilan.

Dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 (RSNS 2045) ia mengambil kira semua faktor termasuk bentuk muka bumi negeri ini, kemudahan sedia ada dan keperluan yang hendak dibangunkan untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Di antara cadangan RSNS 2045 ialah pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) di Seremban, Nilai dan Port Dickson; Agropolis di Rembau, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah serta Biodiversiti di Jelebu.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, RSNS 2045 adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam merencanakan pembangunan berasaskan zon-zon. Pelabur akan lebih senang untuk mendapat kelulusan merancang kerana mereka sudah maklum lokasi yang sesuai untuk pelaburannya dalam dokumen RSNS 2045.


Misalnya, mereka yang ingin melabur dalam sektor ekonomi boleh merancang pelaburan di kawasan rancangan khas Malaysia Vision Valley (MVV), manakala bagi sektor pertanian, ternakan dan pelancongan mereka boleh melabur di kawasan Agropolis.

Kebiasaannya kelulusan merancang mengambil masa yang panjang disebabkan dalam proposal perancangan yang mereka buat itu bercanggah dengan zon yang telah ditetapkan.


Kawasan-kawasan strategik yang dapat menggalakkan pelaburan ke Negeri Sembilan yang terdapat dalam RSNS 2045 ialah:

1.      Perbandaran
Pembangunan perbandaran di kawasan yang bersempadan dengan MVV dan pembangunan terancang di Bandar Seri Jempol – Bahau.

2.      Bandar Berasaskan Transit (TOD)
Pengukuhan pembangunan Bandar Berasaskan Transit (TOD) di Gemas dan di sekitar hab perhentian HSR Kuala Lumpur – Singapura di Labu, Seremban.

3.      Lembah Ilmu
Pembangunan pendidikan secara berkelompok dengan elemen pembangunan bercampur bagi mengukuhkan Lembah Ilmu yang berteknologi tinggi di Nilai dan Seremban.

4.      Hab Pendidikan Islam di Gemencheh.

5.      Pelancongan Persisiran Pantai
Pembangunan berasaskan pelancongan persisiran pantai bermula dari Port Dickson – Teluk Kemang – Linggi – Lubuk Cina.

6.      Pelancongan Eko & Biodiversiti
Pengukuhan pelancongan berasaskan eko dan biodiversiti di Taman Taman Negeri Kenaboi, Jelebu.

7.      Pelancongan Warisan
Penjenamaan semula dan pengukuhan karektor pelancongan warisan di Kuala Pilah dan Bandar Diraja Seri Menanti.

8.      Halal Food Park
Penjenamaan semula dan pengukuhan pembangunan Halal Food Park di Rembau.

9.      Hub Pengeluaran Ruminan
Pembangunan hab pengeluaran ruminan Gemas (Gemas Beef Valley)


Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment