PORT DICKSON – Kerajaan Negeri
Sembilan sentiasa bersikap terbuka memberikan peluang kepada
golongan muda untuk memiliki rumah.
Pembinaan Rumah Mampu Milik adalah sebahagian daripada
komitmen Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan perumahan di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS)
yang dilancarkan pada 2015 bagi merealisasikan falsafah Memajukan Negeri,
Mensejahterakan Rakyat.
Menerusi
dasar ini, Kerajaan Negeri menetapkan sebanyak 50 peratus Rumah Mampu Milik
dibina dalam setiap projek pembangunan perumahan di negeri ini, sekaligus
dijangka dapat menangani isu perumahan yang mencengkam rakyat disebabkan harga
rumah yang terlampau tinggi pada ketika ini.
Pada 25 September 2017, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menyempurnakan penyampaian kunci
Rumah Mampu Milik Type A Taman Sunggala Hartamas kepada 89 penerima.
Kira-kira 102 buah rumah dibangunkan di Taman Sunggala
Hartamas dengan 80 peratus pembinaan terdiri daripada Rumah Mampu Milik
menjadikan jumlah penerima 89 orang.
Rumah Mampu Milik Taman Sunggala Hartamas ini dijual
dengan harga RM74,888 iaitu yang lebih rendah ditetapkan kepada pemaju (RM80,000)
dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) .
Dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Bagan Pinang, Dato’ Haji Tun Hairudin Abu Bakar berkata, rakyat dapat memiliki
rumah dengan harga yang mampu milik.
Katanya, ia adalah sebuah kejayaan dalam pelaksanaan Dasar Perumahan Kerajaan Negeri yang telah diadakan sejak 27 Mei 2015.
Katanya, ia adalah sebuah kejayaan dalam pelaksanaan Dasar Perumahan Kerajaan Negeri yang telah diadakan sejak 27 Mei 2015.
“Kejayaan ini juga ialah bukti dasar yang diilhamkan oleh
Menteri Besar Negeri Sembilan ini dapat diterjemahkan dalam pembangunan yang
sebenar,” ujarnya.
Pada majlis sama, Menteri Besar turut menyerahkan Suratan
Hakmilik Rumah Rakyat Teluk Kemang peringkat III kepada 102 pemilik di
perkarangan Taman Sunggala Hartamas, Port Dickson.
Rumah
Rakyat Teluk Kemang berharga RM33,895.20 adalah milikan secara sewa beli sejak
1 Mac 1997 dengan kadar sewaan RM141.23 sebulan.
Penyerahan suratan hakmilik ini secara langsung mengesahkan
bahawa pemilikan rumah serta transaksi hartanah telah dibuat dengan pihak
kerajaan negeri sebaiknya.
Blogger Comment
Facebook Comment