Ringankan Beban Pemaju, Tingkatkan Industri Perumahan


SEJAK tahun lalu industri perumahan berdepan situasi yang mencabar ekoran peningkatan kos pembinaan dan keadaan pasaran rumah yang lembap.
Pemaju yang bernaung di bawah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) memaklumkan bahawa terdapat minat dan permintaan daripada orang ramai untuk membeli rumah, malangnya mereka berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank.
Justeru itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan REHDA bagi membantu mengurangkan kos pembinaan rumah yang ditanggung pihak pemaju.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, usaha itu dilakukan bagi meringankan beban pemaju sekaligus membolehkan mereka menjual rumah pada harga berpatutan kepada rakyat di negeri ini.
Selain itu, kegagalan industri perumahan akan turut menjejaskan 145 industri sampingan yang mempunyai kaitan dengan bidang berkenaan.
Menurutnya, dasar yang dibuat Kerajaan Negeri tidak seharusnya menggagalkan industri perumahan kerana jika menguncup ia akan menjejaskan ekonomi dan melibatkan banyak industri sampingan.
Industri perumahan harus dipastikan terus berdaya saing dalam ekonomi pada masa ini dan sekiranya pemaju gagal dan projek terbengkalai, rakyat akan menderita dan banyak kesan lain.
Pihaknya sedia mendengar sebarang cadangan daripada REHDA dan bekerjasama bagi memastikan industri perumahan tidak terjejas teruk ekoran situasi ekonomi ketika ini. Satu jalan penyelesaian akan dicapai dalam usaha membantu mengurangkan kos pembinaan rumah, sebagai contoh mempercepatkan proses kelulusan projek perumahan.
Antara lain, Kerajaan Negeri akan turut menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik termasuk mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam sekaligus dapat memudahkan pihak pemaju membangunkan projek perumahan di sesebuah kawasan.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment