NEGERI Sembilan
yang bakal membangun hasil daripada pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV)
seluas 108,000 hektar pastinya menyumbang impak peningkatan kos sara hidup pada
masa akan datang.
Sehubungan itu, bagi
menangani isu keperluan makanan, Kerajaan Negeri merancang membangunkan
beberapa daerah di bawah konsep Agropolis di bawah Draf Rancangan Struktur Negeri
Sembilan 2045.
Usaha mewujudkan
hab pengeluaran makanan ini adalah pemangkin kepada pembangunan seimbang. Daerah
seperti Jempol, Tampin, Rembau dan Kuala Pilah yang mempunyai banyak kawasan
hijau akan dibangunkan sebagai pusat pengeluaran pertanian berteknologi tinggi
bagi meningkatkan hasil tanaman.
Dalam pelan yang
mensasarkan tempoh 30 tahun itu, Tampin dan Gemas akan menjadi hab bagi
pengeluaran daging lembu dan kambing, susu lembu, sayur-sayuran dan
buah-buahan. Manakala Jempol akan menjadi hab pengeluaran makanan dengan
penghasilan penternakan ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba.
Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji
Hasan, Negeri Sembilan tidak mahu bergantung kepada sumber makanan daripada
luar negara kerana sesebuah negeri mesti mempunyai bekalan makanan sendiri
sebagai ‘food security’.
“Di negara-negara maju sekalipun seperti German, Amerika
Syarikat, United Kingdom dan negara lain seperti Korea turut mengeksport
makanan ke luar negara. Justeru, kita juga mesti keluarkan makanan yang cukup
dan mengeksportnya ke luar negara. Secara langsung ia juga dapat menambahkan
pendapatan negara,” katanya.
Dengan adanya
Lembah Makanan ini, Kerajaan Negeri yakin akan lebih banyak sumber makanan
dihasilkan pada harga rendah tanpa terlalu bergantung kepada produk import.
“Kerajaan Negeri merancang menjadikan kawasan Selatan Negeri
Sembilan sebagai Lembah Makanan supaya apabila cukup bekalan, maka harganya
juga boleh bukan sahaja dapat dikurangkan, malah dapat menghalang peningkatan
yang selama ini umpama tidak ada penghalangnya,” ujar Menteri Besar.
Lembah Makanan di Gemas
Terdapat dua lokasi pembangunan dalam Projek Berimpak Tinggi
Negeri Sembilan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai Lembah Makanan iaitu
Gemas (termasuk Tampin) dan Jempol. Pembangunan Negeri Sembilan Food Valley di Gemas telah dicadangkan
untuk dinaik taraf menjadi Beef Valley
(Lembah Daging) dan pusat tenusu negeri.
Hasil pengeluaran ternakan dan tenusu ini bakal menjadi
bekalan makanan untuk pasaran Negeri Sembilan dan Lembah Klang serta dieksport
ke luar negara. Pembangunan Food Valley
di Gemas ini juga melibatkan kawasan pertanian dan ladang buah-buahan serta
sayur-sayuran.
Komponen Pembangunan
1. Kemudahan
Utama dan Pentadbiran
2. Taman
Sayur-Sayuran
3. Taman
Buah-Buahan
4. Pusat
Kajian dan Penyelidikan
5. Pusat
Industri Tenusu
6. Pusat
Penternakan dan Pemprosesan Daging
Lembah Makanan di Jempol
Jempol juga telah dikenal pasti sebagai salah satu kawasan
yang akan terlibat dalam pembangunan Negeri Sembilan Food Valley. Aktiviti di
Jempol melibatkan penternakan akuakultur dan ikan air tawar.
Selain itu, pembangunan kawasan ladang buah-buahan dan
sayur-sayuran juga diusahakan mengikut kesesuaian. Cadangan ini bukan hanya
tertumpu kepada sektor penternakan tetapi juga mengintegrasikan sektor
pertanian.
Komponen Pembangunan
1. Kemudahan
Utama
2. Taman
Sayur-Sayuran (Green House)
3. Taman
Buah-Buahan Aquaponic
4. Taman
Herba
5. Taman
Buah-Buahan
6. Pusat
R&D Herba
Blogger Comment
Facebook Comment