SEREMBAN – Pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang direncanakan
pada tahun hadapan dilihat berjalan lancar apabila Perdana Menteri, YAB Dato’
Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan membentangkannya dalam Bajet
2016 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu.
Dalam pembentangan tersebut, kerajaan menyediakan peruntukan pelaburan
permulaan sebanyak RM5 bilion untuk pembangunan MVV.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad
Haji Hasan menyambut baik pembentangan Bajet 2016 itu. Katanya, peruntukan tersebut
secara langsung dijangka akan merancakkan lagi sektor perindustrian dan ekonomi
Negeri Sembilan. Selain itu, kemasukan pelaburan asing dlm pembangunan MVV akan
turut membuka luas peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Terdahulu,
Negeri Sembilan telah membuat sebuah rancangan pembangunan moden terancang MVV yang
membabitkan bahagian barat Negeri Sembilan. MVV adalah satu usaha perkongsian
pintar antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan agar pembangunan menyempit di
Lembah Klang dapat diperluaskan di bawah gugusan Lembah Klang (Greater Klang Valley).
Dalam
pembangunan baharu pembesaran wilayah
Lembah Klang tersebut, ia akan membangunkan kawasan tengah Negeri Sembilan iaitu
Nilai, Seremban dan Port Dickson.
Terdapat
lima kluster pembangunan yang bakal diwujudkan iaitu bandar Seremban diletakkan
sebagai pusat bandar dan perniagaan manakala Nilai, Enstek dan Sendayan sebagai
bandar pendidikan dan sukan.
Pada masa yang sama, Negeri Sembilan sendiri akan terus
membangun dengan menyediakan pelbagai
kemudahan insfrastrukturnya dan prasarana termasuk dari segi sistem perhubungan
dan komunikasinya.
Menurut
Menteri Besar, pembentangan Bajet 2016 menepati hasrat kerajaan ke arah mensejahterakan
rakyat. Ini jelas apabila Bajet 2016 ini mensasarkan kepada semua peringkat dan
golongan rakyat mendapat manfaatnya dalam pelbagai kemudahan dan bantuan yang
diberikan.
Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu
ketika ini, kerajaan mampu membuktikan yang kebajikan rakyat masih diberikan
keutamaan di samping menguruskan negara dengan lebih baik.
Blogger Comment
Facebook Comment