Sejak KTM
Komuter diperkenalkan Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) lebih 17 tahun lalu, jumlah penggunanya
meningkat daripada 7,719 kepada hampir 100,000 orang hari ini dan bergerak di
atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban serta dari Batu
Caves ke Pelabuhan Klang dengan 53 stesen.
Kemudahan
prasarana ini dapat memenuhi keperluan pengguna di kawasan sekitar sub-bandar
untuk berulang-alik ke pusat bandar serta mengatasi kesesakan lalu lintas.
Terkini, perkhidmatan
tren KTM Komuter yang akan bersambung hingga ke Gemas mulai 10 Oktober ini akan
menjadi satu lagi pilihan kepada penduduk di Negeri Sembilan terutamanya mereka
yang bekerja di Lembah Klang.
Pengenalan
perkhidmatan itu dijangka dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan.
Pembukaan laluan
baharu itu adalah alternatif kepada orang ramai yang selama ini menggunakan
pengangkutan seperti kenderaan persendirian atau bas untuk berulang-alik dari
negeri ini ke Kuala Lumpur.
Menteri Besar
Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, bagi
pengangkutan
awam ke tempat kerja, perkhidmatan komuter yang sekarang ini beroperasi sampai
ke stesen Rembau akan (disambung) ke Gemas. Ia akan mula mengangkut penumpang
pada pukul 5 pagi supaya orang ramai tidak perlu lagi naik kereta atau bersesak
menaiki bas kerana terdapat alternatif penggunaaan keretapi.
Selain KTM
Komuter, perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas juga
dijangka dimulakan pada tarikh yang sama.
Oleh kerana ia digerakkan tenaga elektrik, perjalanan menjadi lebih lancar, selesa dan lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan menaiki tren jenis lama. Pencemaran udara juga dapat dikurangkan.
Dengan kelajuan 160 kilometer sejam, tren elektrik ini mampu mencatat masa perjalanan jauh lebih pendek iaitu kira-kira dua jam dari Gemas ke Kuala Lumpur.
Blogger Comment
Facebook Comment