Negeri Sembilan Kaji Semula Penalti RM1,000 Bagi Kegagalan Pengasingan Sisa Pepejal


WISMA NEGERI, 01 JULAI – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Perbadanan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telahpun memutuskan mengenakan penalti berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang gagal membuat pengasingan sisa berkuatkuasa pada 1 September 2015 di setiap negeri.
Manakala bermula Januari 2016, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan di mana semua premis termasuk rumah wajib mengasingkan sampah sisa pepejal.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sembilan dalam mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan penalti tersebut.
Bercakap dalam sidang media, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata,  keputusan tersebut dilakukan kerana menyedari bahawa masyarakat perlu diberi masa disebabkan tahap kesedaran yang ada mengenai pengasingan sisa pepejal masih belum mencukupi.
“Penalti sebanyak RM1,000 sememangnya akan memberi tekanan kepada masyarakat supaya mengikut arahan tetapi saya rasa itu bukanlah caranya.
“Memang benar sudah ada proviso dalam Akta Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 tetapi masyarakat khususnya golongan muda perlu dididik bagaimana untuk melakukan pengasingan sisa pepejal terlebih dahulu,” katanya.
Menurutnya, biar apapun polisi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Negeri berhak untuk tidak berdiam diri kerana Kerajaan Negerilah yang berhadapan dengan orang awam dan menjawab segala pertanyaan mereka.
“Arahan yang begini akan menyebabkan berlaku semula beg-beg plastik tergantung di luar pagar dan kejadian binatang liar mencuri sisa makanan sehingga akhirnya menyebabkan sampah-sampah berselerak.
“Bagi saya pengurusan sisa dan aspek kebersihan di Negeri Sembilan sudah baik. Namun demikian, sekiranya kerajaan benar-benar mahu melaksanakan denda ini maka penduduk harus dibekalkan dengan sebuah lagi tong sampah. Bermakna, satu tong sampah untuk sampah basah dan satu lagi untuk sampah kering yang boleh dikitar semula,” ujarnya mengakhiri.
Oleh: SALAWATI HARIS
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment