SENDAYAN, – Industri perkilangan di negeri ini merupakan penyumbang utama ekonomi negeri selain menyumbang kepada usaha kerajaan ke arah melonjakkan ekonomi negeri dalam menuju fasa ekonomi yang mampat.
Maka dengan itu, Negeri Sembilan menjadi pilihan ramai pelabur asing untuk melabur dan menjalankan aktiviti perusahaan mereka kerana dilihat sebagai suatu lokasi yang strategik dalam segitiga emas lembah klang.
Ini terbukti apabila pelabur dari Perancis, Safran Messier-Bugatti-Dowty Plant memilih Sendayan Tech Valley sebagai pusat operasi mereka. Safran adalah sebuah syarikat besar di dunia yang membekalkan brek karbon bagi kapal terbang.
Ini terbukti apabila pelabur dari Perancis, Safran Messier-Bugatti-Dowty Plant memilih Sendayan Tech Valley sebagai pusat operasi mereka. Safran adalah sebuah syarikat besar di dunia yang membekalkan brek karbon bagi kapal terbang.
Majlis pembukaan rasmi Safran Messier-Bugatti-Dowty Plant, telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhtiz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Hadir sama, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, YAM Tunku Zain Al-A’bidin ibni Tuanku Muhriz dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
YAB Menteri Besar ketika berucap, melahirkan rasa bangga atas pembukaan kilang yang berteknologi tinggi ini, dan pertumbuhan sektor industri akan menlestarikan lagi pembangunan di negeri ini.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri menyedari akan peranan dan sumbangan indusri perkilangan sebagai penyumbang utama ekonomi pembangunan negeri,” katanya.
“Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pakej-pakej simulasi ekonomi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang kian pesat di Negeri Sembilan,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Safran, Jean Paul Herteman berkata, pemilihan Negeri Sembilan adalah kerana sikap ‘friend business’ yang diamalkan kerajaan negeri ditambah dengan insfrastruktur lokasi yang bersesuaian untuk membina kilang pengeluar terbesar di Asia Pasifik
“Ini adalah kilang ke enam kami, dan ianya membekalkan 80% produk bagi pasaran antarabangsa dimana brek karbon keluaran kami ini mampu bertahan dalam suhu 2000’c,” jelasnya.
Umumnya, kilang Safran Messier-Bugatti-Dowty Aircraft Brakes Plant ini merupakan pengeluar aksesori kapal terbang dimana ianya mampu mengeluarkan 10 ribu unit dalam satu masa dimana setiap satu brek mempunyai 9 lapisan cakera karbon (disc).
Blogger Comment
Facebook Comment