Pertumbuhan Ekonomi Negeri Sembilan Memberangsangkan

SEREMBAN - Pengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2009 merupakan yang terbaik berbanding negeri lain iaitu sebanyak 1.5 peratus biarpun pada peringkat awalnya ia dijangkakan negatif.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri berada dalam kedudukan keempat dari segi pertumbuhan KDNK dan dalam tempoh tersebut hanya lima negeri telah berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan positif tersebut.
 
''Pencapaian KDNK positif pada 2009 membolehkan negeri berada pada kedudukan keenam dari segi KDNK per kapita iaitu RM23,600," katanya sempena perhimpunan awal tahun 2011 warga perkhidmatan awam di pekarangan Wisma Negeri di sini, hari ini.
 
Tema perkhidmatan awam pada tahun ini ialah meneruskan momentum kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri melalui peningkatan kompetensi modal insan dan kecekapan penyampaian, penambahbaikan berterusan serta pelaksanaan segera program pembangunan.
 
Katanya lagi, dengan pencapaian KDKN sebanyak RM19.76 bilion, maka sumbangan KDNK negeri kepada KDNK negara adalah kekal pada kadar 3.8 peratus bagi 2009.
 
''Jumlah KDNK negara pada 2009 adalah sebanyak RM521.1 bilion," jelas Mohamad.
 
Justeru katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), KDNK negeri bagi tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM20.605 bilion iaitu pertambahan sebanyak 5.9 peratus.
 
Bagaimana katanya, prestasi KDNK negeri pada 2009 telah mencatatkan prestasi lebih baik iaitu RM19.76 bilion berbanding dengan jangkaan RM19.1 bilion.
 
''Sekiranya negeri dapat mencapai kadar pertumbuhan 5.9 peratus pada tahun lalu, nilai KDNK akan mencapai lebih tinggi iaitu RM20.92 bilion. Dengan pencapaian itu, kadar purata pertumbuhan KDNK negeri dalam tempoh RMK-9 akan berada sekitar 5.23 peratus setahun.
 
''Walaupun kurang 1.3 peratus daripada sasaran kadar pertumbuhan tahunan sebanyak enam peratus, namun pencapaian tersebut adalah sesuatu yang baik memandangkan kita berhadapan dengan krisis ekonomi global," jelas Mohamad.
 
Kata Mohamad, negeri ini masih menjadi lokasi pilihan untuk pelaburan biarpun jumlah pelabur dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu hanya sebanyak RM516.7 juta.
 
''Tetapi jumlah tersebut adalah peningkatan yang ketara berbanding RM131.8 juta dalam tempoh yang sama pada 2009. Pelaburan tersebut akan mewujudkan sebanyak 1,838 peluang pekerjaan baru," tegasnya.
 
Dalam perkembangan yang sama beliau menjelaskan, pelaburan dalam sektor lain khususnya pembinaan, perkhidmatan (peruncitan) dan industri kecil dan sederhana juga mendapat impak daripada pelabur.
 
''Bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu, jumlah pelaburan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan adalah RM3.747 bilion dan dijangka mewujudkan sebanyak 11,891 peluang pekerjaan.
 
Mohamad menegaskan, pada tahun ini sektor pertanian dijangka mencatatkan pertumbuhan KDNK positif berikutan kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit.
 
''Bagi meneruskan kesan positif pertumbuhan ekonomi negeri ini, tiga sektor utama perlu diberi tumpuan iaitu pelancongan, pembuatan dan pertanian.
 
''Kita perlu memastikan pelabur sedia ada kekal di sini dan bertambah serta memastikan jaminan infrastruktur yang baik, tahap perkhidmatan yang tinggi serta keselamatan yang meyakinkan,'' ujar Mohamad.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment