Oleh SALAWATI HARIS
DASAR Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) yang dilancarkan pada 05 June 2015 diterima baik pemaju di negeri ini.
Setakat ini sebanyak 2,149 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah diluluskan kebenaran merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, walaupun kerajaan menetapkan 50 peratus RMM disediakan pemaju dalam setiap kawasan pembangunan perumahan, namun pemaju didapati telah menyediakan lebih RMM berbanding dasar yang ditetapkan.
Pada ketika ini sebanyak 2,149 RMM yang telah dan sedang dibina membabitkan pembinaan RMM Jenis A, B dan C.
JENIS |
BILANGAN
(UNIT)
|
PERATUS
(%)
|
RMM Type A
|
623
|
29
|
RMM Type B
|
653
|
30
|
RMM Type C
|
873
|
41
|
JUMLAH
|
2,149
|
100
|
Daripada tinjauan di lapan daerah yang dilakukan Kerajaan Negeri, masalah kian mencengkam masyarakat ketika ini ialah kos sara hidup.
Justeru itu, DPNS telah diwujudkan disebabkan Dasar Perumahan Negara (DPN) yang sudah tidak dapat memenuhi dasar perumahan. Rakyat terbeban dengan kos yang sangat tinggi dan pada masa sama pemaju juga turut terbeban kerana terpaksa mengadakan rumah kos rendah sebanyak 30 peratus.
Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menolong rakyat supaya mereka tidak terus terbeban serta terhimpit untuk memiliki rumah. Menerusi DPNS, pemaju yang membangunkan 10 ekar tanah ke atas diwajibkan mengadakan 50 peratus RMM.
Dasar Perumahan Negeri Sembilan menetapkan pemaju WAJIB :
1. Mendirikan 15 peratus rumah berharga RM 80,000 ke bawah dan keluasan tidak kurang dari 20×60 kaki.
2. 15 peratus rumah berharga RM250,000 ke bawah.
3. 20 peratus rumah berharga RM400,000 ke bawah.
4. Baki 50 peratus lagi terpulang kepada pemaju untuk bina perumahan mewah.
Menteri Besar amat yakin ramai golongan Bumiputera yang akan membeli RMM ini. Jika ada pun Bumiputera yang mempunyai kesanggupan membeli lot mahal, mereka tidak akan membeli lot Bumiputera. Jadi, tidak akan wujud masalah pada masa hadapan seperti yang berlaku sekarang ini.
Pada ketika ini, lot Bumiputera yang mahal tidak akan dibeli oleh Bumiputera dan bila tiada pembeli maka pemaju akan mengalami masalah. Bayangkan jika 10 buah rumah, mungkin nilainya akan menjadi RM10 juta. Tetapi RMM ini apabila dikumpulkan pada Jenis C tadi, kuota Bumiputera akan boleh berjumlah sehingga 70 peratus dan ini akan menyelesaikan masalah pemaju apabila ramai yang akan membeli.
Beliau yakin ramai yang akan membeli rumah berharga dalam lingkungan RM80,000 dan RM250,000. Namun demikian, sekiranya terdapat sebarang masalah, Kerajaan Negeri akan bersikap fleksibel terharap polisi, tidak terlalu rigid dan bergantung kepada kes.
Pendekatan dan strategi Intervensi Kerajaan Negeri Sembilan adalah satu perancangan yang bijak kerana Kerajaan Negeri tidak perlu keluarkan dana untuk buat perumahan mampu milik.
Mereka menggunakan penetapan dasar kerajaan negeri dan pastinya DPNS antara yang terbaik dalam negara satu jaminan bahawa akan terdapat rumah mampu milik dibina bagi memastikan golongan kurang berkemampuan berpeluang memohon dan membeli RMM yang bersesuaian mengikut pendapatan masing-masing.
Blogger Comment
Facebook Comment