Medan Selera Ampangan Capai Taraf Antarabangsa


MEDAN Selera Ampangan kini tersergam indah menjadi mercu tanda, tarikan pelancong dan mencapai taraf antarabangsa. Bukan sahaja reka bentuk bangunannya yang unik tetapi pelbagai hidangan masakan Negeri Sembilan boleh dinikmati di sini.

Medan selera yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Seremban ini amat menitik beratkan soal kebersihan sama ada persekitaran mahupun penyediaan makanan, selaras dengan hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Selepas beberapa bulan dibuka, bangunan yang berkonsepkan Istana Lama Seri Menanti ini ternyata menjadi tarikan sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong asing yang berkunjung ke Negeri Sembilan.

Mengimbas sejarah pembinaannya, medan selera bernilai RM8.7 juta mulai dibina pada 2011 di tapak seluas 2.2 hektar dan beroperasi Jun lalu dengan matlamat menawarkan keselesaan, merancakkan akitiviti ekonomi peniaga tempatan serta menarik pelancong dengan hidangan Minang yang terdapat di sini.

Medan selera ini mengandungi 60 unit gerai makanan dengan kemudahan 600 tempat duduk berbanding bangunan lama yang menempatkan 40 gerai dengan tempat duduk kurang daripada 500. Selain itu, medan selera baharu ini turut mempunyai 10 gerai kering seperti jualan surat khabar, majalah dan  kraftangan.

Pelbagai jenis juadah boleh didapati di sini dan menjadikannya sebagai salah satu tempat yang menjadi kemestian destinasi persinggahan pelancong dalam dan luar negara termasuklah mereka yang datang berkeluarga.

Dalam usaha mensejahterakan rakyat dan mengurangkan beban peniaga, mereka diberikan permit percuma selama dua tahun bermula pada 2014.
Foto: RAFIQA KHAIRY

Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment