Malaysia Vision Valley Cipta 1.3j Peluang Pekerjaan Baharu
SEREMBAN - Hasrat kerajaan pusat untuk mempercepatkan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) bagaikan ‘Pucuk Dicita Ulam Mendatang’ kerana ia memberikan faedah yang amat baik kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak Negeri Sembilan.
Pembangunan MVV yang sedang dilaksanakan secara berfasa ini dijangka dapat menambah 1.3 hingga 1.5 juta peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun akan datang iaitu sebahagian daripada tiga juta peluang pekerjaan yang disasarkan kepada rakyat dalam manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Pembangunan mega yang menyeluruh dan terancang dari Nilai hingga ke Port Dickson ini adalah sebuah projek ikonik yang akan menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan turut menyambut baik manifesto ini dan yakin MVV bukan sahaja mampu melonjakkan ekonomi negara tetapi juga negeri.
“Saya jangka, jika ekonomi negara baik, sejumlah 1.3 juta peluang pekerjaan dicipta oleh MVV dalam tempoh 30 tahun,” katanya.
Jelasnya lagi, menerusi pembangunan tersebut, Negeri Sembilan mendapat manfaat secara langsung kerana ia akan turut melonjakkan KDNK negeri ini.
“Ia akan beri impak besar kepada ekonomi negara di mana sebahagian pekerjaan akan dicipta dari pembangnan MVV,” ujarnya.
Antara lain, Negeri Sembilan akan turut terkesan dengan impak positif pelaksanaan projek berkelas dunia seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) apabila sebuah stesen turut dibina di Labu dan akan siap sepenuhnya pada 2026.
Blogger Comment
Facebook Comment