Isu Pemilikan Tanah Selesai, Pembangunan PR1MA Seremban Sentral Sudah Bermula


PEMBANGUNAN PR1MA di Seremban Sentral dilaksanakan menerusi jalinan kerjasama awam-swasta di antara Kerajaan Negeri, PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta pemaju swasta, Brunsfield Group yang tergendala sementara kini sudah mula dilaksanakan.

Isu pemindahan pemilihan tanah di Seremban Sentral yang berlaku kini telah selesai apabila rundingan PR1MA dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mencapai kata sepakat.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, untuk melaksanakan projek ini PR1MA perlu membeli tanah bagi tapak projek daripada RAC dan oleh kerana itu berlaku kelewatan untuk memulakan projek perumahan tersebut sedangkan kebenaran merancang telah lama diluluskan.

Isu pemilikan tanah berlaku apabila RAC menilai tanah itu dengan harga lebih tinggi menyebabkan PR1MA terpaksa berunding dan setelah mencapai persetujuan, baharulah projek ini dimulakan. Projek fasa pertama itu dijangka siap dalam tempoh 24 hingga 30 bulan.

"PR1MA juga bersetuju dengan cadangan balas Kerajaan Negeri supaya mengurangkan jumlah unit iaitu daripada 3,000 kepada 2,000 unit. Selain itu, kita juga minta mereka supaya mengubah suai pelan projek tersebut dengan membina rumah sekurang-kurangnya dua bilik kerana konsep studio dilihat tidak sesuai di Negeri Sembilan,” ujarnya.

Oleh SALAWATI HARIS   Foto FIQRI HAQQIM




Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment