Klinik Pakar Mata Bergerak ‘KLIP Mobile’ Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan



PELANCARAN Klinik Pakar Mata Bergerak pertama di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Klip Mobile pada 17 November di Dataran Masyarakat, Batu 13 di Labu Hilir diharapkan dapat memberikan satu lojakan baru dalam pembangunan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

 
Perkhidmatan Klip Mobile adalah perancangan  Pengarah Klinik Pakar USIM, Allahyarham Profesor Dr Mohd Yunus Abdullah yang dizahirkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di negeri ini.


Idea tersebut direalisasikan dengan usaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam membantu masyarakat luar bandar mendapatkan rawatan pakar mata dengan harga mampu bayar.
Dengan bayaran hanya RM5 sahaja ia menjadi perkhidmatan kesihatan yang lebih mesra, manakala warga emas pula akan menerima rawatan secara percuma.


Menerusi Klip Mobile, masyarakat luar bandar atau mereka yang tinggal pedalaman berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata oleh doktor pakar yang ditugaskan khas di situ.


Antara penyakit mata yang dirawat ialah penyakit mata yang disebabkan oleh rabun, katarak, glaukoma, degenerasi makula dan diabetik retinopati adalah penyakit mata yang boleh diubati dan dirawat. Klip Mobile ini turut dilengkapi oleh mesin pemeriksaan, rawatan terkini untuk rawatan mata dalam kategori tersebut.

 
Namun begitu, sekiranya doktor pakar mendapati terdapat pesakit memerlukan rawatan lanjut, kes akan dirujuk di hospital pakar yang terdapat di negeri ini. KLIP Mobile ini akan menawarkan perkhidmatannya secara jadual berkala ke lokasi-lokasi kes di luar bandar.


Menurut Menteri Besar, dalam tempoh terdekat ini, pakar pergigian akan disediakan dan ia akan bergerak seiring dengan perkhidmatan sedia ada.


Beliau berharap agar perbelanjaan yang besar dapat dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat luar bandar  atau mereka yang tinggal di pedalaman, sekaligus memberi peluang kepada mereka mendapat rawatan daripada doktor pakar.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment